Dari Abi Hurairah r.a., Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa memberi nafkah isterinya di jalan Allah سبحانه وتعالى, maka akan dipanggil dari pintu syurga, “Wahai Hamba Allah! Ini adalah pintu kebaikan.” Sesiapa termasuk ahli solat, maka akan dipanggil dari pintu ‘al-Solah’. Sesiapa termasuk ahli jihad, akan dipanggil dari pintu ‘al-Jihad’. Sesiapa termasuk ahli puasa, akan dipanggil dari pintu ‘ar-Rayyan’. Dan sesiapa termasuk ahli sedekah, akan dipanggil dari pintu ‘al-Shadaqah’. Abu Bakar lalu berkata, “Demi engkau dan ibuku (ummul mukminin), ya, Rasulullah! Apakah seseorang harus dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang yang dipanggil dari pintu-pintu itu seluruhnya?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Ya. Dan aku berharap semoga engkau termasuk dari mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar